Monday, July 28, 2008

Fiza's Expression 1

Saya sedar, tahun hadapan, terdapat pelbagai perkara yang ingin saya capai dan sangat ku mau.
Antaranya, majlis perkahwinan saya bersama seorang lelaki yang cute, pandai memasak ayam yang sedap, boleh membunuh virus kejam di laptop saya, pandai bermain badminton serta boleh sit up beratus-ratus kali dalam waktu yg singkat, berkeupayaan untuk tidur lena dalam pawagam, embawa saya bertemu penulis kegemaran saya Faisal Tehrani serta macam-macam lagi perkara yang membuatkan saya merasa teruja untuk hidup sehingga ke akhir hayat bersama dia.

Merasa teruja untuk hidup bersama-sama adalah satu petanda yang baik. Kan?
Seterusnya, kami berdua ingin melancong ke serata dunia dan ini dimulakan dengan perjalanan kami ke Kuching, Sarawak tempoh hari. Pada tahun hadapan insya allah, kami sangat ingin menjejakkan kaki ke benua Eropah pula. oleh itu, kami perlu membuat penyelidikan lengkap sebelum mengembara bersama-sama. Antaranya seperti laman web
busabout dan eurail yang menawarkan perjalanan menarik.Saya suka pemandangan indah yang menginspirasikan.
Kemudian, kami akan berpindah ke rumah marital home (saya sangat geli menulis rumah kelamin…yuckss!!!) dan memulakan hidup sebagai mr and mrs smith.
Oh saya adalah bergurau sahaja tentang mr and mrs smith.

No comments: